Pelajar maut langgar belakang treler

20 May 2022 • 8:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

TELUK INTAN - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 7, Jalan Changkat Jong di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa merupakan pelajar Tingkatan Dua disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 1.35 petang itu.

Menurutnya, siasatan mendapati penunggang motosikal dan pemandu treler dari arah Teluk Intan menghala ke Bidor.

"Apabila sampai di tempat kejadian, treler yang dipandu lelaki berusia 48 tahun itu hendak masuk simpang ke kiri.

"Tiba-tiba mangsa yang menunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar belakang treler. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian," katanya.

Ahmad Adnan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved