Dua remaja maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

3 May 2022 • 7:14 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Dua remaja maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda, di Kilometer 23 Jalan Pekan/Batu Balik di Pekan, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zain berkata kejadian pada 5.30 petang itu, menyebabkan kedua-dua mangsa berusia 18 tahun yang dipercayai dalam perjalanan untuk beraya, maut di lokasi kejadian.

Mereka ialah penunggang motosikal Muhammad Nur Zulkefli Zakaria dan pembonceng Muhammad Ibrahim Mhd Kchairudin, dengan kedua-duanya berasal dari Kampung Temai Tengah dan Temai Hilir, Pekan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dari Pekan ke Batu Balik terbabas semasa mengambil selekoh, lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung Mitsubishi Triton dinaiki dua beranak,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Mohd Zaidi berkata jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved