Pesawat TUDM terbang rendah, orang ramai dinasihati jangan cemas

30 May 2022 • 10:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas jika melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang.

TUDM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, ia adalah latihan sempena persiapan Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-64 yang akan diadakan pada Rabu ini di Pangkalan Udara Subang.

"Sepanjang latihan itu, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan rendah dan taktikal bagi latihan demonstrasi keupayaan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan TUDM sudah melaksanakan persiapan bagi istiadat perbarisan pada 28 Mei hingga 1 Jun ini yang akan disertai terbang lintas hormat pesawat. - Bernama