Awas Sindiket Menyamar SPA, Aktif Bergerak Di Telegram

19 May 2022 • 5:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Satu laporan polis dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selepas nama ahli dan pegawai pengurusan tertinggi mereka digunakan untuk penipuan penawaran perkhidmatan.

Jurucakap SPA berkata, suruhanjaya berkenaan tidak pernah menawar perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk diterima bertugas dalam sektor awam.

Menurut beliau, sindiket berkenaan dikesan aktif dalam aplikasi Telegram dengan menggunakan nama serta gambar ahli dan pegawai pengurusan tertinggi SPA bagi memperdayakan mangsa

“Sesiapa yang dihubungi sindiket berkenaan diingatkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan penipuan mereka.

“Calon boleh terus memohon pekerjaan melalui sistem SPA9 kerana tiada sebarang bayaran dikenakan bagi kemasukan ke perkhidmatan awam,” ujarnya. - Getaran, 19 Mei 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved