Didakwa Cakar Muka Dan Pukul Bayi 11 Bulan, Wanita Dihadapkan Ke Mahkamah

27 May 2022 • 3:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Ayer Keroh atas pertuduhan mencakar pipi dan memukul tubuh seorang bayi perempuan berusia 11 bulan.

Memetik laporan Harian Metro, Nabilah Md Johan, 27, dari Kampung Tedong, Merlimau, tidak mengaku bersalah serta meminta untuk dibicarakan dan mengangguk faham atas tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

image is not available

Sumber : Harian Metro  

Kesalahan dikatakan dilakukan di Taska Ummi Ana, No 43, Jalan Sri Emas 25, Taman Seri Telok Emas pada 18 Mei kira-kira 5.30 petang hingga jam 5.45 petang.

Kesalahan dituduh mengikuti Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari mencadangkan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa.

Namun begitu, peguam bela tertuduh, Ab Kadir Ismail membantah jumlah jaminan yang ditawarkan.

Selain itu, mahkamah menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa dan serahan dokumen.

image is not available 3 hari lalu

Baru Seminggu Tinggal Dengan Ayah Kandung Dan Ibu Tiri, Kanak-Kanak 5 Tahun Mati Akibat Didera

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved