
SHAH ALAM, 26 MEI: Amaran kesihatan bagi cacar monyet akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok, kata Menteri Kesihatan.
Menurut Khairy Jamaluddin, pengembara dari negara endemik cacar monyet akan menerima amaran kesihatan itu selama 21 hari untuk pemantauan kendiri.
Beliau juga berkata, tiada perancangan bagi melakukan program vaksinasi secara besar-besaran bagi penyakit itu.
“Vaksin hanya akan diberikan kepada kontak rapat dan kakitangan kesihatan yang merawat pesakit,” katanya dalam sidang media secara maya dari Switzerland hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL
The post Cacar monyet: Amaran kesihatan di MySejahtera mulai esok, tiada vaksinasi besar-besaran appeared first on Selangorkini.
