'Sukar dapat bekalan tepung gandum, harga pula naik'

18 May 2022 • 3:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

TEMERLOH- "Selepas puasa, memang sukar nak dapatkan bekalan tepung gandum jenama tertentu," kata peniaga kuih-muih, Rafidah Musa, 53, di Mentakab di sini.

Menurutnya, situasi tersebut memang menyukarkan peniaga kecil sepertinya yang turut berniaga roti canai di gerai miliknya.

"Kalau ada jenama yang lebih mahal, kini sudah mencecah harga RM30 sekotak.

"Nak tak nak kena beli juga tapi buat masa ini saya masih mengekalkan harga RM2 bagi lima keping kuih," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Situasi sama turut dihadapi Norlela Ali, 58, yang masih mengekalkan harga jualan RM2 untuk lima biji kuih.

image is not available

"Cuma mungkin terpaksa kecilkan sedikit saiz kuih untuk tampung kos kenaikan tepung selain kenaikan barangan lain.

"Tak sampai hati nak naikkan harga lagi memikirkan beban pelanggan," ujarnya lagi.

Seorang lagi peniaga kuih-muih, Fikriah Abd Muin, 60, turut mengakui kesukaran mendapatkan bekalan tepung di pasaran sejak akhir-akhir ini.

image is not available

Mengakui risau dengan situasi tersebut, dia yang sudah meniaga lebih 10 tahun berharap masalah itu tidak berlarutan.

"Memang saya sedar dengan situasi sekarang tapi pihak berkaitan diharap dapat memastikan masalah ini diatasi kerana pengguna yang terjejas," tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved