(VIDEO) “Ambil Masa 30 Minit Untuk Pujuk” – Remaja Cuba Terjun Bangunan Akibat Kemurungan

12 May 2022 • 12:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang remaja perempuan yang cuba untuk terjun dari tingkat lima sebuah pusat beli belah di Seksyen 7, Shah Alam.

Menurut laporan Kosmo, dipercayai punca remaja perempuan itu cuba untuk membunuh diri kerana mempunyai masalah kesihatan dan kemurungan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam berjaya menyelamatkannya selepas memujuk dalam tempoh 30 minit.

image is not available

Tindakan itu berkemungkinan kerana mangsa mempunyai masalah kesihatan dan kemurungan.

Bagaimanapun, remaja perempuan itu mendakwa hanya mahu menenangkan fikiran dan bukannya membunuh diri. Lapor Utusan.

@kosmoonline

Masalah kesihatan dan kemurungan dipercayai punca seorang remaja perempuan cuba terjun dari tingkat lima sebuah pusat beli belah di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor #shahalam40000 #cubaanbunuhdiri #remajaperempuan #trendingnewsmalaysia #beritatiktok

? bunyi asal – Kosmo! – Kosmo!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberikan sokongan moral kepada remaja berkenaan.

Semoga adik ni kuat… dan hidup kembali ceria. – Netizen.

“Masalah kemurungan remaja, saya anak saudara yang kemurungan, kami semua bantu dia, jumpa doktor pakar. Alhamdulillah, dia pulih,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 jam lalu

Identiti Disahkan, 5 Pelajar USAS Rentung Dalam Kemalangan Maut