Sharp Aquos Wish2 Turut Dilancarkan – Dijana Dengan Snapdragon 695

TechnologyDigital
9 May 2022 • 7:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sharp baru sahaja hadir dengan peranti berspesifikasi mercu baharu menerusi Aquos R7. Bersama-sama denganya, Sharp Aquos Wish 2 turut diperkenalkan dengan penawaran sebuah peranti bajet. Melaluinya, ia menggunakan cip Snapdragon 695 dan setakat ini hanya ditawarkan untuk pasaran Jepun sahaja.

image is not available

image is not available

Menurut Sharp, lebih kurang 35% tubuh peranti ini diperbuat daripada plastik kitar semula. Terdapat beberapa pilihan warna yang ditawarkan seperti White, Charcoal, Blue dan Coral. Panel hadapan pula sejenis bertakuk kecil dengan sokongan kamera swafoto tunggal sebesar 8MP.

image is not available

Bersama-sama dengannya, peranti turut dibekalkan kamera utama 13MP. Di samping, kapasiti bateri 3,730mAh dan penarafan kalis air IP68. Tidak ketinggalan, ia juga menjalankan sistem operasi yang berasaskan Android 12. Sama seperti Sharp Aquos R7, peranti pintar ini turut akan dipasarkan bermula bulan Julai akan datang.