Aidilfitri: Kelantan ubah hari kelepasan am kepada 4 Mei

2 May 2022 • 8:19 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini bersetuju mengubah hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) bagi negeri ini dari tarikh asal pada 5 Mei (Khamis) kepada 4 Mei ini (Rabu).

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob(gambar) berkata keputusan itu susulan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok (2 Mei).

Media sebelum ini melaporkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju mengisytiharkan 5 Mei sebagai hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) bagi negeri Kelantan.-Bernama

View Original Article