Datuk Rosyam Nor Dikecam Tanya Soal ‘Pengganti’ Pada Shuib

30 May 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Gurauan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor sewaktu menyampaikan anugerah di Anugerah Meletop Era 2021 bersama pelawak Shuib Sepahtu membawa padah apabila beliau dikecam netizen.

Sewaktu kedua-dua figura popular itu mahu menyampaikan anugerah, Datuk Rosyam telah bertanya soalan tentang pengganti baru kepada Shuib selepas 10 bulan kehilangan isteri iaitu arwah Siti Sarah Raissuddin.

Beliau juga cuba ‘menjodohkan’ Datuk Seri Vida dengan Shuib yang turut hadir pada malam itu. Shuib dilihat cuba mengelak dari melayan pertanyaan itu dengan menyambung acara penyampaian anugerah. 

Disebabkan itu, nama Rosyam Nor menjadi bualan hangat netizen di platform media sosial kerana mereka tidak berpuas hati dengan gurauan tidak sensitif beliau.

Rata-rata netizen berang dengan pertanyaan Rosyam itu kerana arwah Sarah baru meninggal dunia 10 bulan dan bukannya 10 tahun.

Mereka juga turut prihatin dengan perasaan keluarga arwah anak-anak Shuib andai mereka menonton situasi yang agak ‘canggung’ itu. 

Malah akaun Instagram aktor yang mendapat jolokan ‘Hero Malaya’ itu turut diserang oleh netizen yang tidak berpuas hati dengannya. 

image is not available

Sehingga kini, belum ada kenyataan yang dibuat oleh Datuk Rosyam susulan isu kontroversi ini. - Getaran, 30 Mei 2022