SHMMPHRP 2022: 6,702 premis borong, runcit diperiksa KPDNHEP

5 May 2022 • 12:57 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Azman Adam - Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 6,702 premis perniagaan di peringkat borong dan runcit diperiksa sejak pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMPHRP) 2022 bermula 26 April lalu hingga semalam.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, dari jumlah itu, sebanyak 10 kes dikesan melanggar perundangan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011).

“Kesalahan dikesan adalah membabitkan kegagalan mematuhi keperluan tanda harga dan menjual barang kawalan melebihi harga maksimum,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azman berkata, penguatkuasaan ke atas pelaksanaan SHMMPHRP 2022 diteruskan di seluruh negara sehingga tamat tempoh pelaksanaan skim pada 10 Mei 2022.

“Di samping itu, penentuan harga maksimum ayam dan telur terus berkuat kuasa sehingga 5 Jun 2022.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, Azman meminta pengguna melaporkan kepada KPDNHEP sekiranya mempunyai maklumat berhubung salah laku berkaitan.

“Laporan boleh dibuat menerusi WhatsApp, 019-279 4317 / 019-848 8000 atau portal aduan, e-aduan.kpdnhep.gov.my.

“Selain itu, menerusi pusat panggilan di nombor 1-800-886-800, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my dan Ez ADU KPDNHEP,” katanya. - Getaran, 5 Mei 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved