Pemandu terselamat kereta rempuh belakang lori

21 May 2022 • 2:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SELAYANG - Seorang lelaki tempatan bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Templer pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 pagi.

"Setelah membuat 'size-up' didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord telah merempuh bahagian belakang sebuah lori.

"Seorang mangsa lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 50-an tersepit di bahagian tempat duduk pemandu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan selamat.

Tambahnya, mangsa berada dalam keadaan stabil dah telah diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan.

Norazam berkata, operasi pihak bomba tamat sepenuhnya pada jam 7.09 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved