Jualan barang terpakai, rumah terbuka antara fokus DUN Bukit Gasing bulan ini

10 May 2022 • 8:35 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 MEI: Sebanyak sembilan aktiviti akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing bagi manfaat warganya sepanjang bulan ini.

Ahli Dewan Negerinya, R Rajiv memaklumkan aktiviti itu bermula sejak kelmarin dengan sambutan Hari Ibu di Pasar Sentosa Seksyen 17.

“Saya dengan rendah hati ingin berkongsi dengan anda kalendar kami untuk bulan Mei. Sekarang semua orang sudah kembali daripada cuti Aidilfitri dan ini masanya untuk bekerja semula.

“Anda boleh pergi ke program dan bengkel seperti yang dinyatakan. Sebarang pertanyaan boleh emel ke help@bukitgasing.my,” katanya di Facebook.

Berdasarkan kalendar aktiviti yang dikongsi di Facebook, antara program yang akan dijalankan adalah jualan barangan terpakai, kelas telefon pintar dan Rumah Terbuka Aidilfitri.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved