Lihat dunia dengan cara paling luas, DJI Mini 3 Pro, dron kamera mudah alih dengan ciri AI

Digital
17 May 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
DJI

PENERAJU industri dron awam dan teknologi kamera bertaraf global, DJI baru-baru ini memperkenalkan model terbaharu yang lebih ringan dan mudah alih, DJI Mini 3 Pro.

Dron bersaiz kompak tersebut dikata paling berkuasa berbanding model terdahulu apabila didatangkan dengan ciri lanjutan video 4K/60fps, ActiveTrack, penderiaan halangan tiga arah dan putaran gimbal 90°.

Pengarah Kreatif DJI, Ferdinand Wolf berkata, kebolehan sebuah kamera udara yang kecil membolehkan orang ramai melihat dunia luas dengan cara paling mudah.

image is not available

"Apabila kami melancarkan siri dron mini pada tahun 2019, kami mahu berkongsi penyepaduan keupayaan penerbangan yang sangat baik, kecerdasan buatan (AI) dan kepelbagaian pengimejan melalui model yang diperkenalkan.

"Justeru dengan DJI Mini 3 Pro yang ultra ringan dapat memberikan persepsi positif untuk dron kamera mudah alih yang berkuasa," katanya dalam satu kenyataan.

Dron yang mempunyai berat kurang 249 gram itu mampu bertahan untuk tempoh penerbangan lebih 30 minit selain dikategorikan sebagai dron paling selamat.

image is not available

Berikut antara perincian:

i) Memiliki kebolehlipatan padat bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana-mana.

ii) Prestasi penerbangan dipertingkatkan dengan sistem kamera dan ciri pintar yang sebelum ini hanya tersedia dalam siri Air dan Mavic.

iii) Reka bentuk lengan dan kipas dilaraskan untuk penerbangan yang lebih aerodinamik.

image is not available

iv) Dilengkapi penderia dwipenglihatan ke hadapan dan ke belakang untuk penerbangan yang lebih selamat.

v) Reka bentuk semula gimbal yang lengkap menghasilkan rakaman lebih berkualiti.

Menariknya, DJI Mini 3 Pro menampilkan Tri-Directional Obstacle Sensing yang terdiri daripada penderia visual hadapan, belakang dan bawah.

image is not available

Ciri canggih tersebut meningkatkan Sistem Bantuan Juruterbang Lanjutan (APAS) 4.0, yang secara automatik mengesan dan mencari laluan yang lebih selamat.

Harga ditawarkan bermula RM3,399 dan untuk maklumat lanjut.

Layari https://www.dji.com/dji-mini-3-pro atau pembelian di outlet sah Shopee dan Lazada.

image is not available

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI