Amirudin dahului persaingan naib presiden KEADILAN

30 May 2022 • 9:50 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 30 MEI: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor mendahului persaingan jawatan naib presiden KEADILAN.

Setakat jam 10 malam tadi, jumlah undian dari seluruh negeri kecuali Sarawak juga menunjukkan Dato’ Seri Amirudin Shari mengatasi pencabar terdekat Chang Lih King.

Keputusan tidak rasmi turut menunjukkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminudin Harun berada di tempat ketiga undian tertinggi diikuti Nik Nazmi Ahmad.

Semalam, Amirudin Shari yang juga Dato’ Menteri Besar mengekalkan jawatan ketua cabang Gombak dengan menewaskan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bekas pengerusi KEADILAN Perak.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding dalam pemilihan KEADILAN 2022.

Bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli pula mendahului jawatan timbalan presiden dalam saingan satu lawan satu dengan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Saifuddin Nasution Ismail.

Bagi jawatan ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail, EXCO negeri yang juga wakil rakyat Batu Tiga, mendahului dalam persaingan dengan Senator Fadhlina Sidek.

Wakil rakyat Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli pula mendahalui undian bagi jawatan timbalan ketua Wanita KEADILAN dalam persaingan tiga penjuru. Bagi jawatan naib ketua, S Wesanthee mendahului undian tiga penjuru membabitkan June Low Hsiad Hui dan J. Sangetha.

Pemilihan KEADILAN 2022 juga menunjukkan aktivis mahasiswa Adam Adli mendahuli undian bagi jawatan ketua Angkatan Muda manakala Kamil Munim bagi timbalan ketua.