Polis kenal pasti pelajar terlibat pergaduhan tular di FB

24 May 2022 • 10:31 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SANDAKAN: Polis sedang mengenal pasti mereka yang terlibat dalam pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar sekolah di sini dipercayai berlaku petang tadi yang tular di laman Facebook hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di Jalan Elopura di sini kira-kira 2 petang.

“Punca pergaduhan serta mereka yang terlibat sedang dikenal pasti oleh pihak polis. Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan,“ katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Abdul Fuad berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat kes itu Insp Micheal Goh menerusi talian 016-8741216 atau 089-203223.

Dalam video berdurasi 21 saat itu, kelihatan sekurang-kurangnya 10 pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah bergaduh dan turut kelihatan beberapa lelaki dewasa cuba meleraikan pergaduhan. - Bernama