“Raya Tahun Ini Paling Bermakna Dan Gembira Buat Saya” – Shila Amzah

Entertainment
2 May 2022 • 12:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Penyanyi terkenal, Shila Amzah mengakui bahawa Aidilfitri tahun ini adalah yang paling bermakna gembira buatnya.

Menurut pemilik nama sebenar Nur Shahila Binti Amir Amzah ini, fasa baharu dalam hidupnya kini membuatkan dia rasa bebas. 

Tahun ini juga Shila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu bersama kumpulan SOG. Malah rezeki terus menghimpit dirinya apabila dinobatkan pula sebagai juara The Masked Singer Malaysia 2. 

“Raya tahun ini adalah yang paling gembira buat saya. Kerana pada saya tahun ini saya rasa kebebasan yang luar biasa. 

“Apa yang membuatkan saya rasa sangat hebat tahun ini adalah saya dapat libatkan diri 100 peratus untuk persiapan raya tanpa memikirkan anasir-anasir luar biasa,” katanya ketika ditemui di Sri Pentas 2.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Tambah penyanyi lagu ‘Tiada Dirimu’ ini lagi, raya tahun ini fokusnya hanya kepada anak lelakinya iaitu Seth Uwais yang kini berusia 2 tahun kerana keterujaan menyambut raya itu lebih dirasai oleh kanak-kanak.

Ditanya tentang persiapan menjelang Aidilfitri, kata Shila dia tidak berlebihan kerana kekangan masa disebabkan jadualnya yang padat sepanjang Ramadan. 

Menariknya untuk lebaran kali ini, Shila bakal muncul dengan program nyanyian Soundstage Shila Amzah and Friends yang akan ditayangkan di TV3. 

Soundstage Shila Amzah and Friends akan menampilkan Shila membuat persembahan bersama teman baiknya seperti gabungan 3 Suara (Ning Baizura & Jacyln Victor), Fara Fauzana, Zara Zya dan kumpulan SOG. 

Shila sekali lagi bergandingan dengan SOG untuk sebuah lagu raya baharu berjudul ‘Seikhlas Hati’ sempena kempen raya TV3. – Getaran, 2 Mei 2022

Gambar: Instagram @shahilaamzah