Cuaca punca gangguan bekalan air di Penampang, Luyang

6 May 2022 • 2:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KAKITANGAN Jabatan Air memantau bekalan ke beberapa kawasan di Penampang dan Luyang untuk mengurangkan masalah bekalan yang dialami oleh pengguna-pengguna di kedua-dua lokasi itu.

Jurucakap agensi itu berkata Jabatan itu menyedari bahawa pili air di hartanah itu, di Jalan Minintod dan Jalan Dimpoukon, di Penampang menjadi kering, bulan lepas.

Menurutnya, keadaan cuaca yang dialami di Ibu Negeri ketika itu menjadi punca kepada masalah itu.

Pengeluaran di Loji Rawatan Air Kasigui berulang kali terjejas disebabkan hujan lebat.

Menurutnya, hujan lebat menyebabkan air sungai, yang disalurkan ke loji itu, menjadi sangat keruh beberapa kali pada April.

“Pertambahan jumlah mendapan dan partikel asing lain di dalam kolam takungan menjejaskan kualiti bekalan air yang dihasilkan,” katanya.

“Disebabkan perkara ini, kami terpaksa membersihkan kolam di Loji Kasigui lebih awal daripada sepatutnya. Kakitangan agensi itu mengesahkan air memasuki tangki di perkarangan apartmen berkenaan.

Menurutnya koagulan dicampurkan dengan air mentah di kolam takungan yang biasanya diselenggara dua kali setahun.

“Kami memutuskan untuk meneliti semula jadual ini disebabkan keadaan cuaca buruk dan membersihkan kolam itu sekitar pertengahan April.”

Tidak lama selepas penyelenggaraan itu dibuat, katanya, agensi itu mengesan kandungan mangan yang tinggi di dalam air sungai.

Menurutnya, aktiviti di loji itu terpaksa dihentikan beberapa kali, pada separuh terakhir bulan itu, untuk menangani masalah tersebut.

“Kesannya, penghasilan dari loji itu menurun antara 20 – 30 juta liter sehari menyebabkan berlaku masalah kekurangan bekalan di kawasan sekitar, termasuk di kawasan Minintod dan Dimpuokon.”

Menurutnya, kira-kira 53 juta liter air dirawat dihasilkan setiap hari di Loji itu, dalam keadaan biasa.

“Kami terus memantau keadaan di kawasan itu.

“Jika perlu, kami akan ubah suai injap saluran paip agihan utama untuk cuba mengawal selia bekalan kepada pengguna kami di sini.”

Meneurutnya kakitangan Jabatan itu juga melakukan pemeriksaan kerap ke atas saluran paip agihan utama menghala ke Lorong Pokok Merbau kerana pengguna-pengguna di Luyang juga terkesan oleh masalah bekalan air tidak menentu dari Loji Kasigui.

Jurucakap itu mengulas aduan daripada dua pemilik rumah di Luyang dan seorang penghuni apartmen di Penampang, berhubung bekalan air tidak menentu di kawasan masing-masing. Tekanan air di tangki atas tanah di apartmen itu berada pada paras yang boleh diterima.

Mereka mendakwa kerap terputus bekalan air air paip selama beberapa jam dan, kadangkala, berhari-hari.

ALYSTER, yang tinggal di tingkat dua pangsapuri itu, tidak berpuas hati dengan bekalan tidak menentu di bloknya.

“Saya hanya mendapat air bersih antara 5.30 pagi-7 pagi dan, sekali lagi, dari 5.30 petang-7 malam,” katanya.

“Bekalan air pernah tersedia antara 9 pagi dan 9 malam tetapi untuk beberapa bulan ini, pili air kami kering sebelum itu.”

Beliau berkata tekanan air yang masuk ke unitnya juga lemah.

“Saya dapati bahawa, apabila ia masuk, bekalan air terputus lagi selepas kurang setengah jam.”

Alyster berkata dia sudah bosan menghubungi Jabatan dan syarikat pengurusan (MC) untuk hartanah itu berhubung masalah berkenaan.

“Saya mengalami masalah ini dari semasa ke semasa, sejak Februari.

“Bekalan tidak bertambah baik walaupun saya banyak merayu untuk mendapatkan bantuan.”

CHIN dan CHRIS, kedua-duanya tinggal di Luyang, berkata air paip hanya masuk ke rumah mereka dari kira-kira 1 pagi atau 2 pagi dan seterusnya.

Mereka berkata tiada setitik air keluar dari pili kira-kira 7 pagi atau 8 pagi.

“Ini telah berlaku sejak setahun lalu,” kata mereka. KEKUATAN air di dalam saluran paip utama menghala ke meter ini di Luyang adalah kuat ketika pekerja jabatan itu pergi ke kejiranan tersebut.

“Kami tertanya-tanya sama ada masalah bekalan kami mungkin ada kaitan dengan beberapa kondominium yang sedang dibina di kawasan kami.”

Chin berkata kakitangan Jabatan itu juga seperti tidak tahu apa yang berlaku di kejiranan mereka.

“Kakitangan khidmat pelanggan mereka memberitahu saya bahawa saya adalah satu-satunya pemilik rumah yang pernah melaporkan masalah itu,” katanya.

Chris, bagaimanapun, tidak faham kenapa dia dan yang lain, yang tinggal di Lorong Pokok Merbau, terjejas oleh masalah bekalan air itu.

“Kawan saya, yang tinggal di satu kawasan perumahan berhampiran, memberitahu saya bahawa mereka tidak mengalami masalah bekalan air dan bahawa mereka menerima bekalan sepanjang masa.”

Ketiga-tiga mereka memberikan kepada Hotline tarikh-tarikh gangguan bekalan paling terkini. Maklumat itu sudah disalurkan kepada agensi itu.

Jurucakap itu berkata kakitangan Jabatan telah memeriksa keadaan paip agihan menghala ke apartmen Penampang dan kejiranan di Luyang itu, sejurus selepas dimaklumkan mengenai masalah itu.

“Mereka mengeluarkan mana-mana udara terperangkap di dalam paip agihan sebelum meter masing-masing dan memeriksa tekanan air di dalamnya,” katanya.

“Ketika ini, mereka mendapati tekanan di kedua-dua lokasi boleh diterima.”

Mereka pergi ke Lorong Pokok Merbau sebanyak dua kali – pada masa berbeza di sebelah pagi dan petang – dan sekali di Jalan Dimpoukon.

Dalam kes di Jalan Dimpoukon, kakitangan agensi itu juga memeriksa tangki pengimbang dan tangki atas tanah di dalam perkarangan apartmen itu, menurut jurucakap tersebut.

“Mereka mengesahkan bahawa bekalan air memasuki tangki-tangki itu.”

“Kami menggesa pengguna-pengguna kami agar melaporkan sebarang masalah terus kepada kami supaya kami boleh mengambil tindakan segera untuk menangani perkara itu.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.