858,054 kanak-kanak sudah lengkap vaksinasi Covid-19

1 May 2022 • 9:13 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 1 MEI: Sebanyak 858,054 atau 24.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,535,126 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,109 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,991,866 dan 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,034,886 individu dewasa atau 68.2 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,967,044 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,243,382 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 35,318 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 7,067 dos pertama, 26,319 dos kedua dan 1,932 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,311,109.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan hanya lima kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Kedah mencatatkan angka tertinggi iaitu dua kes, manakala masing-masing satu kes di Johor, Pahang dan Terengganu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved