Ratu Elizabeth Cari ‘Bibik’, Bayar Gaji RM43 Sejam Siap Dapat 33 Hari Cuti

26 May 2022 • 4:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menurut laporan Metro UK, Keluarga Diraja Britain telah mengemukakan iklan mencari pembantu rumah profesional (housekeeping assistant) bagi memastikan kediaman pemerintah kerajaan itu berada dalam keadaan terbaik sepanjang masa.

Pembantu rumah profesional itu akan bekerja selama 40 jam seminggu sama ada di Istana Buckingham atau Istana Windsor dan ditawarkan upah £7.97 sejam (RM 43.88) dengan lokasi penginapan dan makanan disediakan oleh pihak istana.

Selain itu, antara faedah lain adalah 15 peratus skim pencen caruman majikan tambah faedah dan 33 hari cuti termasuk cuti umum.

image is not available

Ini adalah laluan kerjaya dalam hospitaliti yang akan mengembangkan kemahiran dan kepakaran mengemas anda.

Malah, calon yang berminat juga tidak perlu mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan kerana majikan iaitu Ratu Elizabeth sendiri lebih berminat dengan pendekatan proaktif dan keupayaan bakal calon tersebut untuk menangani cabaran baharu.

Anda akan membersihkan dan menjaga pelbagai ruang dalaman dan barangan serta memastikan ia dipersembahkan dengan sebaik mungkin.

image is not available

Untuk pengetahuan, orang ramai berpeluang membuat permohonan sehingga 19 Jun ini dan mereka yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga pada bulan Julai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

(VIDEO) Demi 'Content', Bakar Hutan Kini Jadi Trend Di Aplikasi TikTok