Myvi langgar tembok, wanita cedera kena serpihan batu

16 May 2022 • 9:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SEREMBAN - Seorang wanita cedera di bahagian tengkuk apabila terkena serpihan batu tembok selepas sebuah Perodua Myvi dipercayai melanggar tembok di tingkat empat tempat letak kereta Hentian Bas Terminal One, di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban Mohammad Idris berkata insiden pelanggaran tembok itu menyebabkan serpihan batu tembok tersebut terjatuh lalu menimpa mangsa.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.46 petang dan enam anggota termasuk pegawai dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Bagi memastikan kenderaan itu stabil daripada terjatuh dari tingkat berkenaan, kenderaan mangsa ditarik menggunakan kenderaan 'towing’ dan diserah kepada Majlis Bandaraya Seremban dan polis,' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved