“I’m On My Way Home Soon” – Netizen Terkejut Tiba-Tiba ‘Live’ Di Facebook, Buat Spekulasi Tangmo Masih Hidup

24 May 2022 • 3:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, nama pelakon Thailand mendiang Tangmo Nida kembali menjadi perhatian ramai netizen selepas akaun Facebook miliknya dilihat aktif semula.

image is not available 1 hari lalu

"Hi, Saya Belum Mati Lagi" - Kecoh Akaun FB Tangmo Tiba-Tiba Aktif, Tuntut 5 Kawan Cerita Kejadian Sebenar

Menerusi beberapa ‘posting’ dimuat naik, ‘Tangmo’ seolah-olah membuat pendedahan tentang kejadian sebenar yang terjadi kepadanya di sungai Chao Phraya, Februari lalu.

Lebih mengejutkan, semalam akaun yang menggunakan nama Happy Melon Patcharaveerapong itu telah membuat ‘live’ dan berkata,

I’m on my way home soon.”

Beberapa video dan gambar telah dimuat naik di akaun itu setakat ini. Semua entri dipenuhi dengan komen netizen yang tertanya-tanya sama ada dia masih hidup.

Bukan hanya rakyat Thailand tetapi juga netizen Malaysia turut ‘memeriahkan’ ruangan komen di semua entri Facebook berkenaan.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat apa yang dimuat naik merupakan video dan gambar lama.

Ada yang membuat spekulasi bahawa Tangmo sebenarnya masih hidup kerana menurut netizen, akaun Instagram kucing milik pelakon tersebut mempunyai kemas kini yang mencurigakan.