“Saya Dicedera Oleh Sahabat Yang Saya Sayang”, Facebook Tangmo Aktif Dan Seolah Dedah Kejadian Sebenar

Entertainment
23 May 2022 • 12:01 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sepertimana semua tahu yang pelakon terkenal dari Thailand, Tangmo Nida disahkan polis di negaranya telah meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh daripada bot.

Menurut laporan mStar, kejadian tersebut kini menjadi perhatian semula apabila Facebook milik pelakon itu aktif dan membuat satu posting yang menjelaskan kejadian sebenar. Biar betul?

Hantaran yang dibuat seolah mahu mereka yang terlibat untuk jujur bagi menuntut keadilan buat kematian pelakon tersebut.

image is not available

Saya dicederakan oleh sahabat yang saya sayang dan percaya.

Saya masih menunggu kebenaran dari mulut lima orang, jika mereka tidak bercakap benar saya akan dedahkan semua kejadian di atas bot.

Membuang data panggilan… jangan ingat ia tidak boleh dikembalikan.

Banyak persoalan yang timbul tentang apa sebenarnya yang terjadi ke atas Tangmo yang sebelum ini didakwa terjatuh dari bot. Apa pandangan korang?

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.