Wanita Tinggalkan Motosikal Dan Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

24 May 2022 • 12:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Terdapat satu kejadian dimana seorang wanita bertindak terjun ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang semalam.

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku di kilometer 7.4 arah pulau dekat jambatan itu dan wanita berkenaan ditemui dalam keadaan selamat. Apa kes ni kak sampai nak terjun?

image is not available

Sebelum terjun, mangsa yang berusia 27 tahun itu tinggalkan motosikal jenis KTNS Rhino 125 yang ditunggangnya bersama topi keledar merah jambu di tembok jambatan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan.

Wanita terbabit telah bertindak terjun dari jambatan berkenaan sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan pantai yang berada berhampiran lokasi kejadian dan kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis marin untuk tindakan selanjutnya.

Apapun masalah yang dihidapi, janganlah sampai cuba untuk bunuh diri. Semoga perkara sebegini tidak terjadi lagi.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.