Rangnick dedah rahsia....

Football
22 May 2022 • 7:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KEKECEWAAN terbesar sepanjang mengendalikan Manchester United musim ini adalah kegagalan membentuk kembali semangat berpasukan dalam kalangan para pemain The Red Devils.

Itu luahan hati pengendali sementara Manchester United, Ralf Rangnick yang menggantikan Ole Gunnar Solskjaer selepas bekas bintang The Red Devils tersebut dipecat berikutan kekalahan 1-4 kepada Watford pada November lalu.

Pengendali berusia 63 tahun itu, yang akan mengetuai pasukan buat kali terakhir pada Ahad sebelum Erik ten Hag mengambil alih penghujung musim ini berkata, Manchester United hilang keyakinan selepas disingkir sensasi La Liga Sepanyol, Atletico Madrid dalam pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

"Sejujurnya sejak tewas kepada Atletico Madrid, kami tidak menemui gaya permainan kelab yang sebenarnya. Saya melihat semua ini ada kaitan dengan keyakinan, semangat berpasukan dan kebersamaan.

"Ya, ini adalah kekecewaan terbesar saya kerana kami tidak mewujudkan semangat berpasukan itu," kata Rangnick yang sebelum ini mengetuai bahagian sukan dan pembangunan kelab Rusia, Lokomotiv Moscow.

Anak buah Rangnick kini berada di tempat keenam dengan 58 mata, dua mata di atas pasukan tangga ketujuh West Ham United, memerlukan kemenangan apabila bertandang ke Selhurst Park menentang Crystal Palace untuk memastikan tempat ke Liga Europa musim depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved