(VIDEO) “Turun Air Mata Jantan..” – Kekasih Curang Depan Mata, Beri Alasan Tolong Mak Siapkan Persiapan Raya

Entertainment
6 May 2022 • 10:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Adat berkasih, pastinya setiap insan inginkan pasangan mereka setia dan tidak berlaku curang dengan orang lain.

Namun begitu, lain pula yang menimpa seorang jejaka apabila teman wanitanya telah dirakam berlaku curang di hadapan matanya sendiri!

Dalam perkongsian sebuah video di TikTok, lelaki itu dilihat telah merakam pergerakan teman wanitanya itu yang ‘kantoi’ keluar dengan lelaki lain.

Dia kemudiannya bertindak membuat panggilan telefon kepada teman wanitanya itu dan telah menerima jawapan yang sangat tidak masuk akal.

Kata wanita itu, dia sedang berada di rumah menolong ibunya membuat persiapan kerana ada sanak saudara datang beraya.

image is not available

Sumber : TikTok  

Ia sekaligus mengundang air mata lelaki itu yang semestinya berasa sedih kerana ditipu ‘hidup-hidup’ oleh insan tersayang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan kata-kata semangat buat lelaki itu dan menyuruhnya bersyukur kerana kebenaran diperlihatkan di hadapan mata sendiri sebelum berkahwin.

“Dah berkahwin belum? Kalau belum ucapkanlah Alhamdulillah, sebab Allah selamatkan anda, Insyallah nanti digantikan dengan lebih baik..” komen seorang netizen.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Yang 'Pregnant' Pun Sama Naik" - Keluarga Bergaduh Depan Stesen Minyak, Netizen Tertanya-Tanya Apa Puncanya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved