
BONGAWAN: Kerajaan perlu menangani isu pencerobohan perairan Malaysia di Laut China Selatan oleh China dengan lebih tegas dan tidak boleh dianggap ringan kerana ia jelas mencabul kedaulatan negara.
Wakil Rakyat Bongawan, Dr. Daud Yusuf berkata, ancaman itu semakin membimbangkan kerana Sabah dan Sarawak akan menjadi wilayah yang berada di barisan hadapan sekiranya isu geo politik ini tidak ditangani dengan segera.
Menurutnya, dilaporkan sejak tahun 2021 pesawat pejuang 'Halimunan' China, J-20, dilaporkan berlegar di ruang udara Laut China Timur dan Laut China Selatan untuk melakukan rondaan dan latihan rutin.


