“Bomba Datang Baru Nak Gelabah?” – Pelajar Berang Buat ‘Complaint’ Tapi Tak Diendah Pihak Univerisiti

13 May 2022 • 5:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di laman Twitter, satu ciapan yang dimuat naik oleh seorang pelajar universiti tempatan dikenali sebagai Arep Ashari yang terpaksa berdepan detik cemas apabila kipas di dalam bilik asramanya terbakar.

Menerusi ciapan tersebut, Arep telah meluahkan rasa kecewa apabila tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan asrama walaupun aduan telah dibuat sebanyak dua kali.

Menurutnya lagi, mujur sekumpulan anggota bomba berjaya menangani situasi dengan cekap dan tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian kebakaran itu.

image is not available

Dah complaint 2 kali still tak betul kan. Sampai terbakar, bomba datang baru nak gelabah? Nak tunggu student mati baru nak take action?

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 20.5K tontonan, 2.3K tanda suka, dan 2.2K ciap semula di laman Twitter.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi dan meluahkan kekecewaan mereka terhadap sesetengah pihak pengurusan universiti yang tidak mengendahkan kebajikan pelajar mereka.

Penat-penat belajar tapi kebajikan student pun kena fight sendiri. – Netizen.

Yuran kemain mahal, management entah apa-apa,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

(VIDEO) "Selalu Simpsons Ramal Jadi Betul" - Netizen Cuak Siri Kartun Terkenal Ramal Air Pasang Besar Di KL