Piala FA: JDT mara mudah separuh akhir

Football
15 May 2022 • 7:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

GERGASI Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan melangkah mudah ke suku akhir saingan Piala FA selepas menumpaskan Sarawak United 3-0 malam Sabtu.

Pada aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu, pemain JDT Fernando Forestieri menjadi watak penting apabila menjaringkan dua gol buat pasukan kendalian Benjamin Mora.

Babak pertama perlawanan, JDT membuka tirai jaringan pada minit keenam menerusi sepakan percuma pemain tengah Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Penguasaan JDT diteruskan selepas Forestieri memutlakkan kemenangan pasukan menerusi jaringan pada minit ke-15 serta ke-43 perlawanan dan keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiup. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved