Siapa Nina dan Kumpulan Misteri Yang Hilang Tanpa Jejak?

6 May 2022 • 2:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Sejak dua tiga hari ini, ramai netizen di media sosial yang rancak memperkatakan  tentang kejadian aneh yang berlaku terhadap seorang gadis berbaju kuning sewaktu sambutan hari ulang tahun kelahirannya di sebuah kafe. 

Saat-saat yang penuh kegembiraan si gadis baju kuning bersama teman-temannya itu tiba-tiba menjadi hingar-bingar apabila munculnya kumpulan misteri dengan baju seragam hitam yang cuba mencari Nina. 

Pada saat kemunculan kumpulan misteri itu juga, bekalan elektrik di kafe itu juga tiba-tiba terputus dan tiba-tiba mereka lari dan menghilangkan diri menuju ke bilik stor tanpa meninggalkan sebarang jejak. 

Gadis berbaju kuning itu pada awalnya menyangka bahawa ia adalah sebahagian daripada gimik sambutan hari ulang tahun kelahirannya. Tetapi, apabila diajukan soalan yang pelik, dia juga kehairanan. 

Menambahkan lagi hairannya apabila kumpulan misteri itu tiba-tiba hilang begitu sahaja Apa sebenarnya yang terjadi? Inilah persoalan yang menjadi tanda tanya netizen di media sosial. 

Sehingga saat ini, masih tiada jawapan terhadap kejadian pelik yang sempat dirakam oleh kakitangan di kafe tersebut. - Getaran, 6 Mei 2022.