Bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya jam 3 petang

1 May 2022 • 8:40 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 1 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan proses pemulihan bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3 petang ini.

Menurut Air Selangor, bekalan air ke premis pengguna disalurkan secara berperingkat-peringkat mulai jam 12.15 pagi tadi.

“Setakat jam 6 pagi hari ini, pemulihan bekalan air di kawasan terjejas sudah mencapai tahap 48 peratus dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3 petang ini.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas susulan pencemaran bau yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir jam 12.15 tengah hari semalam.

Berikutan itu, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

image is not available

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved