Mudahkan Urusan Jemaah Haji, Semua 123 Cawangan TH Beroperasi Ahad

7 May 2022 • 1:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
TH akan beroperasi pada Ahad bagi membolehkan bakal jemaah haji tahun ini menghantar surat terima tawaran. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Semua 123 cawangan Lembaga Tabung Haji (TH) akan beroperasi esok bagi membolehkan bakal jemaah haji tahun ini menghantar surat terima tawaran, buku rekod rawatan pemeriksaan kesihatan dan pasport antarabangsa.

Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi, Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata, pengoperasian itu berikutan pengumuman TH untuk melanjutkan tarikh menjawab surat tawaran menunaikan haji kepada Isnin, 9 Mei 2022.

Katanya, bakal haji boleh hadir ke mana-mana cawangan TH seluruh negara dari pukul 8.45 pagi hingga 4 petang.

“Ia bertujuan mengelakkan kesesakan di cawangan TH dengan pendeposit untuk berurusan sempena cuti hari raya yang panjang.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi kemudahan dan melancarkan urusan bakal jemaah haji walaupun Ahad adalah hari cuti di kebanyakan negeri.

“Kami berharap bakal jemaah haji dan juga pendeposit dapat memanfaatkan peluang ini,” katanya.

Mohamed Ameen berkata, pendeposit juga boleh hadir untuk perkhidmatan simpanan dan pengeluaran serta penukaran status akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa.

Sebarang pertanyaan, katanya, boleh dikemukakan dengan menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 603-6207 1919; Faks, 603-7728 4959 dan emel, th-
info@lth.gov.my - Getaran, 7 Mei 2022