Rekaan Reno8 Tertiris Membuatkannya Kelihatan Lebih Menyerupai Peranti Samsung Berbanding Oppo

TechnologyDigital
17 May 2022 • 10:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Rekaan telefon pintar di pasaran semakin kurang variasi kerana penggunaan pembekal komponen yang sama dan tidak banyak lagi dapat diubah dari tahun ke tahun. Pagi ini rekaan Oppo Reno8 telah tertiris ke arena web oleh @eveaks dan ia mempunyai rekaan mirip siri Galaxy S berbanding siri Reno sebelum ini.

image is not available

Bonggol kamera Reno8 yang besar meminjam elemen Contour Cut Design siri Galaxy S sejak dua tahun yang lalu. Terdapat tri kamera pada bahagian belakang dan lubang kamera di hadapan. Sisi peranti juga lebih berkotak. Berdasarkan imej yang ditiriskan oleh @evleaks peranti akan ditawarkan dalam warna hitam, biru dan ros merah jambu.

image is not available

Oppo Reno8 akan dilancarkan pada 23 Mei dengan ia ditawarkan dalam tiga model iaitu Reno8, Oppo Reno8 Pro dan Reno 8 SE. Tidak banyak maklumat terperinci tertiris mengenai peranti ini tetapi ia masih akan mementingkan kemampuan fotografi.