MB meriahkan rumah terbuka Aidilfitri anjuran PKNS

19 May 2022 • 3:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 MEI: Dato’ Menteri Besar menghadiri Majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Ketibaan Dato’ Seri Amirudin Shari pada jam 2 petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato Mahmud Abbas.

Turut berkenaan hadir ke majlis tersebut Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj.

Hadir sama EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim, EXCO Perumahan Rodziah Ismail dan EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han.

Majlis yang berlangsung selama lima jam bermula 11 pagi itu menghidangkan pelbagai juadah antaranya kambing golek, lemang, rendang, nasi beriani, apam balik dan kuih muih.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hadir Majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 19 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI