OPPO pacu ciptaan 3 inovasi lebih keterhadapan, terokai dunia AI seiring kehendak pasaran

Digital
15 May 2022 • 10:45 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
OPPO

SEMPENA Mobile World Congress (MWC) 2022 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini, OPPO tidak ketinggalan memperkenalkan peranti CPE terbaharu, OPPO 5G CPE T2.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, fitur baharu berkenaan menawarkan sambungan 5G lebih bertenaga dan serba boleh.

“Pengenalan OPPO 5G CPE T2 tepat pada masanya ketika negara sedang mula merancakkan penggunaan 5G,” kata jenama itu.

image is not available

Pada masa sama, OPPO turut menampilkan inovasi kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan sendiri, CybeReal yang berfungsi mengekstrak imej dalam telefon pintar dengan lebih bijak.

Perisian hebat berkenaan mampu mengimbas 12,000 imej dalam tempoh satu jam.

image is not available

Seiring komitmen sebagai peneraju peranti pintar global, jenama berkenaan juga berusaha meneroka dunia AI dari segi perkakasan, perisian dan perkhidmatan yang boleh diakses semua industri.

Selain itu, OPPO terus memacu penciptaan inovasi lebih keterhadapan dengan memperkenalkan pengecas kilat SuperVOOC 15W terbaharu.

image is not available

Fitur baharu tersebut dikatakan boleh mengecas bateri 4,500mAh hingga 50 peratus dalam masa lima minit, manakala pengecasan penuh hanya 15 minit sahaja.

Pengenalan inovasi luar biasa itu terus mendorong OPPO untuk menyediakan penyelesaian termaju untuk pengecasan pantas dan selamat.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI