Tian Chua Tewas Kerusi Ketua Cabang Batu

Politics
29 May 2022 • 9:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tian Chua - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Penyandang Naib Presiden PKR, Tian Chua gagal merebut jawatan kerusi ketua cabang PKR Batu selepas kalah kepada pencabarnya, P Prabakaran.

Mantan Ahli Parlimen Batu itu memperoleh 306 undi dengan menyaksikan perbezaan ketara, berbanding Prabakaran yang menerima 517 undi selepas pengiraan dimuktamadkan.

Pada pemilihan itu, Tian Chua tidak mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden, sebaliknya bertanding bagi kerusi ketua cabang parti.

Ketika proses pengiraan undi itu tadi, sebanyak 82 undi ragu dikemukakan terhadap Prabakaran dan 24 undi ragu kepada Tian Chua.

Undi ragu diasingkan daripada pengiraan kerana memerlukan pengesahan susulan daripada jawatankuasa pemilihan PKR sebelum ia disahkan. - Getaran, 29 Mei 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved