5 Sejarah Sebalik Hari Raya Aidilfitri Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

5 May 2022 • 8:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa yang tak suka hari raya, perayaan ini merupakan satu perayaan yang terbesar di negara ini dan dinantikan buat semua umat Islam.

Tetapi, dalam kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, sebagai seorang muslim, tahukah anda tentang fakta-fakta dan sejarah disebalik perayaan yang diraikan ini?

Inilah antara fakta menarik tentang Hari Raya yang mungkin ramai tidak tahu sebelum ini.

image is not available

1. Hari Raya Aidilfitri Diraikan Sempena Perang

Hari Raya Aidilfitri diraikan sempena kemenangan tentera Islam dalam perang Badar dan kejayaan umat Islam menunaikan puasa dalam bulan Ramadan ketika perang berlangsung.

image is not available

2. Masyarakat Arab Mempunyai Perayaan Tersendiri Sebelum Kedatangan Islam

Sebelum penyebaran agama Islam, masyarakat Arab menyambut dua perayaan yang dikenali sebagai hari An-Nairuz dan Al-Mahrajan yang disambut dengan nyanyian, tarian serta minuman keras.

image is not available

3. Perang Badar Adalah Untuk Menawan Semula Harta Yang Dirampas Di Kota Mekah Ketika Berhijrah

Perang Badar dikatakan melibatkan 313 tentera Islam gabungan 82 orang Muhajirin dan 231 orang Ansar bagi mengambil semula harta mereka yang telah dirampas di Kota Mekah ketika sedang berhijrah.

image is not available

4. Baju Baru

Memakai baju baru semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri adalah digalakkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti mana hadis riwayat oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak ‘alaa Al-Shohihain menyatakan bahawa Hari Raya dianjurkan untuk mempercantikkan diri (berhias, memakai wangi-wangian) dan memakai baju yang terbaik

image is not available

5. Ibadah Zakat

Zakat fitrah merupakan zakat yang wajib dibayar oleh umat Islam apabila terbenamnya matahari di akhir 30 Ramadan sehigga terbit matahari esoknya sebagai cara menyucikan orang yang berpuasa daripada perbuatan keji dan buruk, dan duit zakat tersebut akan dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.

image is not available 2 minggu lalu

5 ‘Design’ Baju Melayu Yang Korang Boleh Cuba Semasa Hari Raya