“Pelik Tapi Sedap” – Ini Resepi Ayam Masak ‘Coca-Cola’ Yang Viral Di TikTok

Cooking
24 May 2022 • 5:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang semua tahu, air minuman berkarbonat Coca-Cola atau Coke telah menjadi salah satu minuman kegemaran ramai.

Namun, tahukah anda bahawa air minuman Coke juga boleh dimasukkan dalam masakan?

Menerusi hantaran video oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Aliah Siti telah berkongsi resepi Ayam Masak Coke yang tular di aplikasi TikTok.

Bahan-Bahan Ayam Masak Coke

  1. Dua belas ketul ayam bahagian kepak
  2. Daun bawang
  3. 5 hiris halia
  4. Minyak masak
  5. Dua ulas bawang putih
  6. Bunga lawang
  7. Tiga sudu kicap cair
  8. Satu sudu kicap pekat
  9. Satu tin air Coke
  10. Hirisan cili

Cara Penyediaan Ayam Masak Coke

Rebuskan ayam dengan 2 hiris halia dan hirisan daun bawang sehingga mendidih dan kemudian toskan air.

image is not available

Letakkan sedikit minyak masak dan goreng ayam yang telah direbus sehingga ‘golden brown’ dan masukkan 3 ulas bawang putih, 3 hiris halia, 1 bunga lawang, daun bawang, 3 sudu kicap cair dan 1 sudu kicap pekat.

image is not available

Kemudian, masukkan 1 tin air Coke dan biarkan mendidih sehingga 8 minit dan tutup penutup periuk.

image is not available

Akhir sekali, setelah kuah menjadi pekat, taburkan daun bawang dan hirisan cili mengikut citarasa masing-masing dan siap untuk dihidang.

image is not available

Wahh nampak sangat menyelerakan! Jangan lupa cuba dan kongsikan resepi ini dengan keluarga dan rakan-rakan tau.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 bulan lalu

Nak Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa? Ini Resepi Susu Kurma Mudah & Ringkas!

View Original Article