Debat Anwar-Najib berlangsung aman, tanpa provokasi

Politics
13 May 2022 • 7:49 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LIMPUR: Debat Perdana antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang membincangkan hal berkaitan Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu masa depan negara malam semalam berjalan lancar.

Bermula tepat 9 malam, program yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini dihadiri kira-kira 400 orang termasuk tokoh politik, ahli korporat, pakar ekonomi, ahli akademik, mahasiswa selain penyokong kedua-dua pemimpin.

Debat itu merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian pertama berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas SEB sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

Bahagian kedua berkisar tentang ‘Masa Depan Malaysia’ yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara dan bahagian ketiga dikhususkan untuk sesi soal jawab.

Bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku, pemeriksaan keselamatan yang ketat dibuat ke atas penonton yang hadir sebelum memasuki dewan.-Bernama