Bas persiaran terbakar di lebuh raya

25 May 2022 • 8:57 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Sebuah bas persiaran terbakar 90 peratus dalam kejadian di Kilometer 27.93 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini, mengakibatkan kesesakan sepanjang kira-kira 9 kilometer petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4 petang semasa bas yang membawa lima penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Seremban ke Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

“Bas itu dipercayai mengalami kerosakan enjin, menyebabkan ia terbakar. Bagaimanapun, pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri... tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Trafik sesak kira-kira sejam susulan kejadian itu,“ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dipadamkan oleh sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 hampir sejam kemudian.efficiency to passengers during disruptions, he added.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved