Huminodun: Princess of Nabalu The Musical hujung minggu ini

27 May 2022 • 12:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BAGI menyemarakkan lagi perayaan Pesta Kaamatan bulan ini, sebuah pementasan muzikal mengenai Huminodun akan dipersembahkan di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara pada Sabtu dan Ahad ini.

Bertajuk Huminodun: Princess of Nabalu The Musical ia adalah anjuran bersama Persatuan Sukaseni Kuala Lumpur (Sukaseni) dan Persatuan Bantuan Masyarakat Sabah (Bantu) dengan kerjasama Stage Production.

Oleh itu, orang ramai yang berminat dengan teater muzikal ini dialu-alukan datang menyaksikan kisah mengenai legenda Huminodun di sini pada 28 dan 29 Mei di sini. Tiket boleh didapati dalam talian dengan melayari ticket2u.com.my.

Jurucakap penganjur berkata, teater ni adalah program hujung minggu untuk mempamerkan warisan dan budaya masyarakat Sabah. KREW, pelakon, penyanyi dan penari teater Huminodun.

“Program ini memberikan fokus kepada keunikan penceritaan asal-usul pembentukan sesebuah komuniti. Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik dan impak daripada pandemik Covid-19 kami berharap program ini membantu menyedarkan pentingnya memulihara budaya dan warisan kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Melalui program ini juga katanya, ia akan dapat melestarikan budaya masyarakat Sabah supaya dapat dipromosikan dalam dan luar negara.

Beliau menambah mereka mahu tonjolkan budaya Sabah melalui teater muzikal dan kali ini sempena dengan perayaan Pesta Kaamatan, teater mengenai Huminodun, salah satu personaliti tumpuan dalam perayaan kaum KDMR ini akan dipersembahkan.

“Cerita dalam teater muzikal ini mengetengahkan Huminodun yang menurut perspektif kami bermaksud ‘yang berkorban,” katanya menambah bahawa ini adalah teater pertama yang mereka terbitkan.

Ia mengisahkan Dewa Kinoingan dan isterinya Suminundu telah mengorbankan Huminodun kepada ‘roh bumi’ sebagai balasan untuk mendapatkan hasil tanaman yang melimpah ruah demi kesinambungan hidup manusia.

Ini berlaku apabila kaum Kadazandusun ketika itu mengalami bencana kebuluran kerana tiada sumber makanan. Kinoingan berasa kasihan dengan kesengsaraan yang dihadapi kaum Kadazandusun lalu mengorbankan Huminodun.

Jasad anak perempuan mereka itu disemadikan di bumi di mana bahagian tubuhnya tumbuh menjadi makanan terutamanya padi. Daripada kepercayaan ini jelmaan roh Huminodun telah kembali hidup sebagai Unduk Ngadau.

Watak Huminodun dipegang oleh penyanyi Queennera. Pelakon lain ialah Farid Hawwari dan Nancy Marcus. Teater ini diterbit oleh Sukaseni dan Bantu manakala pengarahnya ialah Faizah Deraman.

Menariknya pementasan ini nanti ialah kumpulan penyanyi akan mempersembahkan lagu nyanyian Marsha dan Velvet iaitu lagu ‘Aramaitii’. Queennera sebagai Huminodun pula akan menyanyikan lagu ‘Kasih Sempurna.’

Menggunakan bahasa Melayu dan Kadazandusun, watak lain akan turut menyanyikan lagu Sondihon oleh Farid. Lagu hasil ciptaan Faezah Saadi, Satugram dan Anas Amdan.

Sebarang pertanyaan mengenai pementasan ini dan cara mendapatkan tiket boleh menghubungi nombor 0194624609 (Satra). Tiket boleh dibeli di pintu masuk teater.

View Original Article