KJ dilantik sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75

LocalPolitics
23 May 2022 • 8:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilantik sebagai seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland.

Khairy dilantik bersama-sama calon yang mewakili empat negara lain iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat.

Video pengumuman itu telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan itu kepada media tempatan pada Ahad.

Sementara itu Penasihat kepada Menteri Kesihatan Dimishtra Sittampalam dalam ciapannya mengesahkan pelantikan Khairy.

"Khairy akan mewakili wilayah Pasifik Barat yang terdiri daripada 37 buah negara dan mewakili satu perempat daripada populasi dunia,” katanya. - Bernama