
SUKAU: Pengusaha resort pelancongan di Sukau mula melihat peningkatan secara beransur ketibaan pelancong di kawasan itu, susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia dan kelonggaran SOP di Sabah.
Dalam usahanya untuk memulakan program pemulihan ekonomi negara, Kerajaan pada 1 April membuka sempadan negara kepada pelancong asing untuk perniagaan, percutian, mesyuarat dan sebarang tujuan lain, tetapi tanpa menjejaskan aspek kesihatan orang ramai.
Untuk terus mempromosikan Malaysia, kerajaan juga pada 1 Mei telah melonggarkan SOP di seluruh negara.
