
Kota Kinabalu: Adun Api-Api Datuk Christina Liew menggesa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) supaya meluangkan masa untuk badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam kebajikan haiwan, dalam usaha menyelesaikan isu berkaitan penangkapan anjing liar atau anjing berkolar yang mempunyai pemilik, dan meletakkannya dalam paun DBKK selama 48 jam, sementara menunggu tindakan oleh pemilik.
Beliau membuat gesaan itu itu berikutan laporan media bahawa pihak berkuasa tempatan enggan bertemu dengan mereka (NGO), dan mereka (pihak berkuasa) juga tidak menjawab panggilan yang dibuat oleh NGO atau menjawab surat mereka, di tengah-tengah dakwaan kehilangan anjing-anjing dari paun tersebut berlaku sebelum atau selepas 48 jam.


