
Kota Kinabalu: Sekurang-kurangnya dua saksi yang meng-hubungi MERS999 serta Hospital Queen Elizabeth (HQE) mengenai satu kemalangan dan keperluan ambulans di Kolombong pada Rabu lepas, berasa tersinggung dengan cadangan bahawa mereka mungkin berbohong.
Mohd Saiful Hamadon berkata dia memberikan MERS999 arah betul ke lokasi kemalangan petang itu di mana Lew Kok Fai, seorang pembuat roti, meninggal dunia tanpa sebarang ambulans kelihatan selama sejam.
