Realme Narzo 50 Pro 5G Akan Menggunakan Cip Dimensity 920

TechnologyDigital
13 May 2022 • 11:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme sebelum ini sedia mengesahkan yang mana barisan peranti di bawah siri Narzo 50 akan dikemaskini dengan variasi 5G. Melaluinya, ia akan terdiri dengan beberapa model berbeza dan salah satu daripadanya adalah Realme Narzo 50 Pro 5G.

image is not available

Bercakap lebih lanjut mengenainya, maklumat mengenai cip pemprosesan telah didedahkan menerusi ciapan terkini pengurus produk Realme India dan Global. Ia menunjukkan Realme Narzo 50 Pro akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 920. Ini adalah cip lapan teras dengan binaan 6nm, selain pada masa turut menawarkan prestasi dan pengimejan lebih baik. Sekadar makluman, ini juga adalah cip yang sama digunakan pada Realme 9 Pro+ sebelum ini.

image is not available

Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi lain dan tarikh pelancaran rasmi peranti yang dikongsi buat masa ini. Namun begitu dengan perkongsian ini, kita boleh menjangkakan ia bakal didedahkan dalam masa terdekat ini. Nantikan perkembangan lebih lanjut mengenainya dari masa ke semasa.