Sabah catat 39 kes baharu

11 May 2022 • 3:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah merekodkan 39 jangkitan baharu Covid-19 pada Selasa, satu kes lebih tinggi berbanding 38 kes Isnin lalu.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, dalam satu kenyataan di sini, Selasa berkata walaupun jumlah itu tidak banyak berubah berbanding sebelum ini, sembilan daripada 10 daerah yang mencatatkan peningkatan kes adalah daerah yang mencatatkan sifar kes sebelum ini.

“Hari ini hanya sembilan daerah tidak mencatatkan kes baharu dalam tempoh 24 jam berbanding 16 daerah semalam,” katanya.

Kota Kinabalu mengekalkan rekod kes dua angka baharu dengan 11 kes (turun lapan).

Sebanyak 17 daerah lain merekodkan satu digit kes dengan 13 daripadanya masing-masing hanya mencatatkan satu kes. Lahad Datu mencatatkan peningkatan tertinggi dalam jangkitan baharu dengan enam kes diikuti Ranau dengan tiga kes.

Sebanyak 36 daripada 39 pesakit berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang pesakit dalam Kategori 4, dua pesakit dalam Kategori 5. Tiada pesakit dilaporkan dalam Kategori 3.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.