Jika Anda Tidak Gayat Jambatan Gantung Terpanjang Dunia Kini Dibuka Di Republik Czech

TechnologyDigital
17 May 2022 • 2:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Saya gayat dan benci dengan ketinggian. Kalau dalam kapal terbang saya akan pastikan kerusi yang dipilih jauh dari tingkap. Tetapi kami menyedari ramai di luar sana yang tidak gayat dan suka menguji tahap keberanian apabila diberikan peluang. Jika ingin berjalan merentasi jambatan gantung paling panjang dunia anda boleh mencubanya sendiri di Republik Czech.

image is not available

Jambatan Sky Bridge 721 telah dibuka di pergunungan Kralicky Snezník. Ia sepanjang 721 meter dengan ketinggian maksimum 95 meter. Sejak dibuka pada 13 Mei lalu, ia kini memegang rekod sebagai jambatan gantung pejalan kaki terpanjang dunia memintas rekod 516 meter yang dipegang oleh Jambatan Arouca di Portugal.

image is not available

Walaupun panjang, Sky Bridge hanya selebar 1.2 meter sahaja yang membenarkan perjalanan sehala sahaja pada satu-satu masa. Sebagai langkah keselamatan hanya 500 pengunjung dibenarkan atas jambatan dan ia juga akan ditutup jika angin bertiup melebihi 135 km/j.

image is not available

Sepanjang perjalanan pelawat boleh menikmati pemandangan yang cantik dan mengikuti sejarah kawasan sekitar menggunakan aplikasi telefon pintar. Pembinaan memakan masa dua tahun dan pelawat perlu membayar 350 Czech Koruna (~RM65) seorang untuk berjalan merentasi jambatan ini.

View Original Article