Rumah terbuka Aidilfitri berakhir esok di Puchong Indah, Klang

20 May 2022 • 9:20 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 20 MEI: Rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri yang diadakan secara besar-besaran di sembilan daerah bakal berakhir di Puchong Indah dan Klang, esok.

Bagi rumah terbuka di Puchong Indah, ia akan diadakan di Padang Awam MBSJ mulai jam 2.30 petang hingga 5.30 petang, manakala sebelah malam majlis akan berlangsung di Dataran Kompleks Sukan Pandamaran bermula jam 8 malam hingga 11 malam.

Program yang berlangsung selama tiga jam iaitu pada sebelah petang atau malam itu dianjurkan sejak 15 Mei lalu di 10 lokasi terpilih.

Selain penyerahan sumbangan duit raya dan persembahan seni, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan ucapan serta beramah mesra dengan pengunjung pada rumah terbuka itu.